Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

Cerita Pak Keris

(Menyentuh sepanjang tahun 30-an, 40-an, dan 50-an)

Akhirnya daripada Pak Keris..."cerita punya cerita", sampai juga ke cerita rumah pilgrim broker, Sheikh Haji Mohidin Tiku di 15, Jawa Road, Singapura; rumah tumpangan milik ayahku. Beliau sendiri, katanya, suatu ketika dahulu (waktu perang) pernah menumpang bermalam di situ. Memang di luar musim haji, rumah batu dua tingkat itu penuh sesak oleh berbagai-bagai ragam dan jenis manusia kerana merupakan tempat persinggahan yang selesa dan sewanya relatif murah.

Mengikut Pak Keris, untuk bayaran dua ringgit, disediakan alas tikar dan bantal; empat ringgit, bantal dan tilam lembek; lima ringgit ke atas, diberikan bilik di tingkas atas (untuk keluarga); kalau dibayar satu ringgit, tidur atas tikar saja. Mereka yang membayar seringgit dan dua ringgit untuk semalam inilah yang amat menarik wataknya. Kebanyakannya terdiri daripada kaum perantau/pedagang yang tidak begitu jelas watak dan latar belakangnya; entah pejuang, entah perawa.

- CATATAN, hlm 47.

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Powered by Blogger.