HALAMAN

Tuesday, February 3, 2015

Apabila Dua Seni Disatukan

Ada beberapa hal yang agak menarik tentang pameran Manifestasi 2 Seni baru-baru ini. Sebenarnya, aku berhadapan dengan situasi yang agak melucukan.

Maksudku begini. Penulis menulis karya pelukis dan pelukis melukis karya penulis. Aku sendiri - amat kusedari - adalah pelukis sekali gus penyair. Dengan kata lain, aku "terpaksa" melukis apa yang akutulis, atau aku menulis apa yang akulukis. Maknyanya juga, untuk manifestasi ini, aku tak perlu lagi mencari-cari penulis atau pelukis lain. Aku ini orang yang "terbelah dua".

Selain itu, aku merasakan bahawa ada sesuatu yang kurang dalam lukisan yang kukirim kelmarin. Kata-kata yang kulukis dalam lukisan terasa lemah. Begitu pula warna dan sapuan yang kutulis tidak meyakinkan. Sesuatu telah berlaku, sebagaimana yang sering kubayangkan selama ini, iaitu "apabila dua seni disatukan, kemungkinannya ialah kedua-duanya bisa menjadi "cair". Ertinya, kedua-duanya kehilangan tenaga tunggalnya; bukan sesuatu yang mudah, jauh sekali untuk mencapai tahap nilai yang diimpikan.

- Catatan, hlm 269.

No comments:

Post a Comment