Buya Hamka bukan saja pendakwah, tetapi juga pujangga rumpun Melayu. Beliau petah berpantun, berkaba, serta berpidato. Pengertiannya terhadap sastera dan budaya amat luas. Simpatinya pada seni dan seniman amat dihargai.
Tentang kaitan 'bahasa dan budi', beliau pernah mengatakan, "Bahasa adalah ucapan lidah. Yang keluar dari lidah itu adalah dari dalam batin kita, iaitu budi. Bertambah halus budi, bertambah haluslah bahasa yang kita pakai. Bahasa yang halus, budi yang baik tidak dapat dihargai dengan wang ringgit, tidak dapat dibeli, dan tidak dapat dijual kerana bahasa dan budi bukan benda, melainkan sesuatu yang berhubungan dengan jiwa."
- CATATAN, hlm 48.
No comments:
Post a Comment