Ada penyair yang mengatakan bahawa waktu paling baik, waktu kreatif ialah waktu selepas tengah malam, waktu dinihari, waktu embun pagi. Ada pula yang mengatakan bahawa waktunya ialah ketika kita bersendirian dengan ilham, khayalan; dengan ombak, taufan kita sendiri; tidak kira di mana; siang malam pagi petang.
Buatku peribadi, itu semua tidak begitu penting. Waktu saya cipta timbul? Itu mengikut keselesaan, kelapangan, dan kebiasaan masing-masing. Ada teman penyair yang bisa serius menulis hanya pada waktu pejabat. Ada pula yang terpaksa tidur, atau sembahyang, atau merenung, bermeditasi lama-lama dahulu. Yang penting ialah hasilnya - bagus, hebat, atau tidak.
CATATAN, halaman 171.
1 comments:
Catatan dibuat dikala tiada gangguan mungkin. 13-18 December Pak Latif bersendirian? Akan cuba meluangkan masa utk melihat hasil karya yg dipamerkan.
Post a Comment