Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

Sasterawan Upahan?

"Jangan mengambil upah, suatu hari nanti engkau akan terupah."

Hari ini, aku lebih mengerti akan maksud 'mamangan' yang diungkapkan oleh mamakku tempoh hari. Bisa juga maksudnya begini:

"Hati-hati, jangan sesekali kita menjadi penulis, jurnalis, sasterawan, seniman upahan kerana akibatnya tidak terbatas, selain memakan diri (gara-gara sekali terlanjur)."

-CATATAN, halaman 10.

Sebarang pendapat atau pandangan? Sila kemukakannya di ruang komen.

Apakah Kekuatan Puisi?

Kekuatan Puisi

Puisi itu mempunyai kekuatan/ketahanannya yang tersendiri, daripada sifatnya yang imaginatif dan daripada keharmoniannya yang terbina dari dalam. Tidak seperti politik dan ekonomi, acuan semasanya masuk membentuk ke dalam kehidupan kita secara tekanan dari luar (malah kadangkala terasa secara paksaan). Apabila saja kulit atau kelongsong acuan ini dipisahkan, maka runtuhlah segala bentuk ketahanan kita itu!

-CATATAN, halaman 151.

Sebarang komen atau pendapat?

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Ikut Melalui e-mel

Powered by Blogger.