Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

BIODATA PENGARANG

Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) dilahirkan pada 20 Ogos 1941 di Seremban, Negeri Sembilan. Latiff menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959.

Pada pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman. Dalam tahun 1969, Latiff mengikuti kursus seni goresan/etching di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.

Beliau mula menyair sejak awal tahun 1963 dan terus aktif berpuisi sambil mengembara pada tahun 60-an dan 70-an. Puisi beliau yang kaya dengan pelbagai imejan, metafora, serta ungkapan ringkas yang segar telah membawa nafas baharu dalam perkembangan puisi di negara kita. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tujuh buah antologi, iaitu --- Sungai Mekong, Kembara Malam, Wayang Pak Dalang, Pesisir Waktu, Serpihan Dari Pedalaman, Rawa-Rawa dan Sajak-Sajak Dinihari --- serta tiga buku catatan seni, iaitu Garis, Catatan Latiff Mohidin, dan Catatan Dua Baris. Puisi-puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Itali, Danish, dan Tamil.

Dalam bidang seni lukis, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri lukisannya seperti “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, Latiff diiktiraf sebagai antara pelukis penting di negara ini. Beliau telah mengadakan tiga puluh pameran perseorangan di Asia dan di Eropah. Latiff pernah mempamerkan hasil karya seni lukisnya di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Selain melakar, melukis, menulis, dan menghasilkan arca, beliau juga amat giat menterjemahkan karya-karya puitis pujangga, pemikir, dan ahli falsafah dunia seperti Rubaiyat Omar Khayyam, Puisi-Puisi Jalaluddin Rumi, Tao Te Ching Lau Tze, Gitanjali Tagore, dan Faust Goethe.

Selama menceburi pelbagai cabang seni, Latiff Mohidin menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Misalnya dalam bidang sastera, Latiff pernah memenangi Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau juga menerima Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok.

Kini, Latiff Mohidin masih lagi aktif berkarya terutama dalam bidang seni lukis.

Powered By Blogger

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Powered by Blogger.