Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

PENGENALAN


Bagaikan kuisan-kuisan berus yang kasar dan halus, silang-menyilang di permukaan kanvas - tak perlu siap atau disiapkan; begitu pulalah tulisan Latiff Mohidin lewat catatan ini. Biarpun berkisar sekitar pengalaman harian serta ditulis secara ringkas dan bersahaja, kita seolah-olah digamit supaya mengikuti beliau menelusuri pelbagai cabang sastera, baik lokal maupun global, di samping mengenal sosok-sosok sastera sasterawan tersohor.


Catatan Latiff Mohidin ini bukan sekadar bernostalgia tentang dunia sastera dan seni seputar tahun 70-an, malah secara jujur dan bermaruah memaparkan pandangan, gagasan, serta harapan beliau terhadap hala tuju dan tradisi kecemerlangan kususasteraan Melayu. Dengan menekuni catatan ini, minda kita diajak berfikir supaya bersama-sama terus membajai dan mewarnai pelbagai cabang sastera tanah air.

- Blog ini dibina khusus untuk memperkatakan CATATAN. Kami mengalu-alukan sebarang ulasan dan komen/pendapat daripada pembaca CATATAN. Lontarkanlah pendapat/komen dan ulasan anda kepada kami di ruangan "komen" atau melalui e-mel: lamansesawang@gmail.com. Ulasan dan pendapat/komen yang bersesuaian akan disiarkan dalam blog ini.

Powered By Blogger

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Powered by Blogger.