Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.
Showing posts with label pentadbir blog. Show all posts
Showing posts with label pentadbir blog. Show all posts

"CATATAN" Terpilih Antara 50 Best Malaysian Titles For International Rights 2012



 Buku CATATAN  terpilih untuk disenaraikan dalam katalog 50 Best Malaysian Titles For International Rights 2012 yang akan dipromosikan di Pesta Buku Frankfurt dari 10-14 Oktober 2012. Hal ini dimaklumkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia kepada pihak penerbit baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Pak Latiff atas penghargaan dan pengiktirafan yang diterimanya. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang membeli karya tersebut dan menyokong blog ini.

- Pentadbir Blog



"Catatan Latiff Mohidin" Kini Berada di Pasaran



Bagi sesiapa yang ingin memiliki Catatan Latiff Mohidin yang menghimpunkan catatan ringkas beliau tentang sastera, bahasa, budaya, dan seni bolehlah membelinya di kedai-kedai buku utama di seluruh negara.

Harga senaskhah ialah RM36 di Semenanjung Malaysia dan RM39 di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, catatan ini boleh juga dipesan/ditempah secara atas talian. Sila berhubung dengan:

Inaz (03-61451031) atau Lina (03-61451030)

* Pembelian secara atas talian tidak dikenakan wang pos.



Latiff Mohidin

Karya Terbaharu Latiff Mohidin


Kemas Kini:

CATATAN-Latiff Mohidin akan berada di pasaran sekitar April 2011. Segera dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku utama di seluruh negara.


Powered By Blogger

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Powered by Blogger.