Seniman umumnya berusaha sedaya upaya untuk mendekatkan, mengharmonikan dua perkara - sifat/sikap/pandangan serta 'skrip' yang tak sehaluan (ertinya: bermusuhan) dalam hidup ini; berusaha sekurang-kurangnya memberikan 'perimbangan rasa' dalam tantangan.
Tetapi, hidup kita sudah pun berabad-abad lamanya terbelah dua (dibahagi dua oleh berbagai-bagai ideologi/fahaman politik, ekonomi, budaya) hingga bersemaraklah sifat curiga, sikap memperkecil/menghina, sikap pilih kasih, sikap menyeleweng, dan berbagai-bagai sikap lagi.
Maka sebagai akibatnya, timbullah pembahagian 'dunia yang berat sebelah' kepada pemikiran Timur - Barat, pemikiran kampung - kota, pemikiran golongan kaya - golongan miskin, pemikiran sains - seni; pemikiran yang asyik bercanggahan atau dicanggahkan. Begitu juga otak kita ini, kalau boleh dibelah dua* saja - sebelah cenderung kepada sains, sebelah lagi cenderung kepada seni.
Bagaimana kalau seseorang anak itu suka kepada kedua-dua ilmu ini? Dan ingin membentuk dunia di atas landasan yang terbaik daripada kedua-dua jenis ilmu ini?
* Aku tidak hairan apabila orang sering bertanya kepadaku, sama ada aku memakai otak sebelah kiri atau sebelah kanan. Yang aku tahu, aku memakai seluruh otak.
-CATATAN, halaman 298.
Sebarang pendapat atau komen, sila kemukakannya di ruangan komen.
0 comments:
Post a Comment