Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

Antara Utopia dan Harapan

(Universiti Malaya, Kuala Lumpur; 1979)

Mereka duduk-duduk sambil menghisap paip di suatu sudut menara gading, berbincang tentang ekonomi negara. Aku terpaksa, dengan perlahan-lahan, berundur mencari pintu keluar.

Memang aku sudah salah masuk ruang. Bidang ekonomi bukanlah bidangku. Setakat yang sempat kudengar daripada andaian pakar-pakar itu dalam ilmu iktisad, mereka turut juga memakai istilah the unknown element (dalam seni lukis, unsur ini malah positif).

Apakah kehidupan kita di Asia akan lebih baik atau lebih jelek daripada kehidupan mereka di Eropah (pada abad akan datang)?

"Tiada sesiapa yang dapat meramalkannya!" kata mereka.

- CATATAN, halaman 286.

0 comments:

Post a Comment

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Ikut Melalui e-mel

Powered by Blogger.