Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

Bahasa Itu 'Rumah Ibunda'

Bahasa ibunda ialah 'rumah ibunda'. Di bawah bumbungnya yang berat tetapi teduh, kami hidup tenteram. Sejak kecil, kami diajar berbicara tentang manusia dan alam dengan segala pengertian kekeluargaan, dengan penuh sopan santun.

Bahasa ibunda ialah 'rumah ibunda'. kadangkala kami bergurau senda, ketawa riang di halamannya. Kadangkala pada malam hari di sudut ruangnya, kami bermimpi tentang keindahan perjalanan masa depan....

Bahasa ibunda ialah 'rumah ibunda'. Pada siang hari di ruang tengahnya, kami tekun belajar; merenung, berfikir, serta berhujah. Lidah kami galir, otak kami cair. Apa jua bidang ilmu pengetahuan di dunia ini dapat kami fahami dan kami halusi dengan yakin.

- CATATAN, hlm 97.

0 comments:

Post a Comment

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Ikut Melalui e-mel

Powered by Blogger.