Klik Gambar untuk PESAN & TEMPAH.

Apa Makna Sajak Ini?

Siapa sangka, kadangkala sebuah sajak banyak membawa kerumitan, malah kelucuan di samping kesenangan. Ceritanya begini.

Seorang teman lama datang dengan anak perempuannya ke rumahku. Sambil menunjukkan salinan sajak "Sungai Mekong", beliau bertanya, "Apa makna sebenarnya baris-baris ini?" (Maklumlah, anaknya itu akan menghadapi ujian Bahasa Melayu tidak beberapa lama lagi.)

Dengan susah payah, kunyatakan dengan terus terang saja, "Mohon maaf banyak-banyak kerana tak dapat menolong." Harapan mereka terlalu besar dengan alasan, "bukankah aku penulis sajak itu."

Ya...memang, tetapi bagaimana kalau Lembaga Peperiksaan mempunyai pertanyaan lain (maksudku, bukan seperti yang diramalkannya)? Dan yang lebih membimbangkan, bagaimana kalau anaknya nanti, entah bagaimana, gagal menjawab soalan tentang sajak itu? Aku akan dianggap sebagai tukang karut. (Tetapi anaknya mahu tahu juga akan "makna sebenarnya"!)

Ah, bagaimana harus kusampaikan kepada Sang Ayah bahawa makna yang tersirat adalah sama dengan makna kata-kata yang tersurat, bahawa makna sesebuah sajak itu tidak begitu penting, tetapi yang lebih penting ialah kita pernah mempunyai pengalaman membacanya.

"Tetapi sajak mesti ada makna!" tegasnya. Oleh sebab malam sudah larut, pertanyaan sudah menjadi polemik. Dan kasihan, Sang Anak sudah mula mengantuk. Maka kami berjanji akan bertemu lagi. Aku berjanji akan menolongnya. Tetapi bagaimana.....??


Sambung bacaan anda di halaman 187, CATATAN.

0 comments:

Post a Comment

Twitter

Follow lamansesawang on Twitter

Rakan Catatan Latiff Mohidin

Catatan yang Lain

Ikut Melalui e-mel

Powered by Blogger.