Menurut Latiff Mohidin pada halaman 120, CATATAN:
Ada sejenis peribahasa yang seakan-akan tumbuh seiring dengan perumpamaan. Tetapi, sifatnya lebih dekat pada sifat pepatah berlawanan. Kadangkala kedengarannya seperti kalimat yang berbentuk sindiran, tetapi sebenarnya mempunyai isi yang berbentuk sindiran, tetapi sebenarnya mempunyai isi yang berbentuk songsang. Kalimatnya menyarankan hal-hal yang tidak mungkin terjadi. Umpamanya:Manakala pada halaman 119, CATATAN, Latiff Mohidin menjelaskan definisi "mamangan" dan "pameo" dan perbezaan antara kedua-duannya:
Terhimpit di atas, terkurung di luar.
Angguk tidak, geleng ia.
Peribahasa di atas diberi nama pameo oleh orang Minang, dengan ciri khasnya: mengatakan sesuatu dengan kalimat songsang. (Dengan itu, pada hematku, pameo adalah suatu sumbangan unsur paradoks pada sastera Nusantara.)
Dalam sastera Minang, kata pameo dan mamangan sering kali disebut selari. Kalau pameo bererti pepatah, canggahan, mamangan pula ialah pepatah pegangan - pegangan hidup, anjuran, atau pun suruhan. Ada juga bentuk ini yang mengandungi larangan. Mamangan sebenarnya lebih dekat kepada bentuk gurindam daripada bentuk pameo. Umpamanya: 'awal diingat, akhir tidak; alamat badan akan rosak'.
Sebarang pandangan? Sila kemukakannya di ruangan komen.
0 comments:
Post a Comment